Top Ad unit 728 × 90

Assalamualaikum wm. wh.

Salam sejahtera dan Selamat Datang

Jika anda tidak cemerlang dalam akademik, ia bukan penghujung jalan kepada kehidupan dan masa depan anda.

Anda masih berpeluang meneruskan kehidupan dan merancang masa depan serta berjaya dalam kehidupan seperti orang lain, asalkan anda tidak putus asa.

Kecemerlangan dalam akademik memang penting, tetapi kejayaan akademik bukanlah penentu kejayaan seseorang itu dalam kehidupan. Apa yang penting ialah ilmu yang bermanfaat dan semangat yang kuat untuk meneruskan kehidupan dengan memilih kerjaya yang sesuai  dan menjamin masa depan.

Jika anda seorang yang berminat menjadi usahawan dan bercita-cita untuk membuka syarikat perniagaan sendiri, tetapi tidak mempunyai ilmu dalam bidang perniagaan, jangan bimbang. In sya Allah, impian anda itu akan tercapai dan memulakan langkah yang betul untuk berjaya mencapainya.

Jika anda seorang penganggur, jangan berputus asa, pilihlah keusahawan sebagai kerjaya baharu anda. Mungkin nasib anda akan berubah.

Kami di Institut Usahawan Islam (IUI) menyediakan peluang dan platform kepada anda yang gagal dalam akademik dan tidak cemerlang dalam akademik, penganggur dan mereka yang berminat berniaga, untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan utama anda serta merancang masa depan dan kejayaan anda.

Kami akan cuba membantu anda dengan memberi pendedahan tentang dunia perniagaan dan ilmu perniagaan serta menanam minat dalam bidang perniagaan dan keusahawan, selain menerapkan jiwa Islam dalam menjalankan perniagaan berdasarkan sunnah Nabi, bagi mengerjar keredhaan Allah SWT.

Rasulullah SAW sendiri memilih keusahawan dan bidang ternakan sebagai pilihan kerjaya baginda bagi meneruskan kehidupan baginda.

Jangan jadikan kewangan sebagai alasan untuk berjaya.  Sertai kursus dan program anjuran kami bagi membantu anda menjadi usahawan Islam yang berjaya.

Hubungi kami di 013-4336136 atau 010-4230157, jika anda berminat menyertai program kami.  
Reviewed by kimy on 1:39 AM Rating: 5
All Rights Reserved by IUI © 2014 - 2015
Developed by Uchiha Hakimi

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.